Jabatan Kerohanian & Sosial MPPUTM 2007/08

Harapan Baru untuk Inspirasi Baru UTM

Salam Ramadhan Peringkat ke-3

Salam ramadhan…

Baru-baru pihak Jabatan Kerohanian dan Sosial, MPPUTM sempat menziarahi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Mersing pada 20hb September lepas. Program satu hari ini cukup bermakna buat pihak kami dan pihak PKAYIM kerana merupakan ziarah pertama kami ke sana. Dengan kerjasama kelab-kelab Islam di UTM ini yang turut serta dalam program ini, adik-adik di sana dapat berhibur di samping mendapat suntikan motivasi dengan kedatangan kami ini. Gambar-gambar dalam program ini akan menyusul selepas ini. Nantikannya….

September 23, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Salam Ramadhan 1429H….

Salam Inspirasi….

Jabatan Kerohanian dan Sosial, Majlis Perwakilan Pelajar 2007/08 ingin mengucapkan Selamat Menyambut  Ramadhan  al-Mubarak 1429H. Semoga kita dapat melalui bulan ini penuh dengan ketaqwaan dan meningkatkan keimanan kepadaNya.

August 31, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Koleksi Risalah Jumaat Sesi 2007/08 oleh PMIUTM…

Salam sejahtera dan salam kerohanian..

Ketika ini beberapa universiti terkemuka tanah air telah mengorak langkah baru dalam membicarakan isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Penulis mendapat berita bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Melaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal menjemput tokoh-tokoh pemimpin dari pelbagai pihak dalam membicarakan isu ini secara ilmiah. Tokoh pemimpin dari parti-parti dalam politik tanah air kita kini dibenarkan mendekatkan diri ke alam mahasiswa dalam hal-hal yang dapat meningkatkan keintelektualan mahasiswa di samping mengelakkan mahasiswa daripada melibatkan diri dalam perkara-perkara yang boleh memburukkan imej universiti.

Tahniah diucapkan kepada pihak yang bakal/berjaya menganjurkan program yang dapat memberikan sedikit sebanyak input kepada mahasiswa yang kini kian hilang cahaya keintelektualan mereka sehingga dilebel sebagai “MAHASISWA LESU“. Di UTM sendiri, kami masih belum lagi berupaya untuk mengajurkan program seumpama itu pada ketika ini walaupun terdapat cadangan daripada Dr. Sulaiman Kadikon sendiri kepada penulis agar menganjurkan program seperti ini. Insyaallah pada masa akan datang jika diizinkan.

Di sini penulis ingin berkongsi koleksi Risalah-risalah Jumaat yang diterbitkan oleh Lujnah Penerbitan dan Multimedia PMIUTM pada sesi kali ini. Sekadar perkongsian bersama..

sj-02-nov-07-01

sj-02-nov-07-02

sj-09-nov-07

sj-04-jan-08

sj-25-jan-08

August 27, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Forum: Ramadhanku yang Terakhir

Salam ukhwah dan salam kerohanian.. Insyaallah malam ini bakal diadakan Forum : Ramadhamku yang Terakhir oleh Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) bertempat di Masjid Sultan Ismail, UTM. Berikut merupakan maklumat lanjut program ini.

August 27, 2008 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Khutbah Pilihan..

Salam kerohanian..

Buat tatapan semua, khutbah Jumaat pilihan sempena bulan Rejab yang telah berlalu dan menarik perhatian penulis. khutbah-rejab1429H. Semoga kita sama-sama mengambil pengiktibaran.

August 18, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Risalah sempena Konvokesyen UTM ke-41

Salam inspirasi…salam kerohanian diucapkan..

Alhamdulillah konvokesyen sekali lagi datang menjengah kita di UTM ini. Tentunya ramai ibu bapa dan saudara mara para graduan kita datang untuk menyambut ketibaan hari yang dinanti-nantikan ini. Maka, seharusnya kita sebagai tuan rumah menunjukkan persepsi yang terbaik yang kita ada kepada tetamu-tetamu kita ini.

Tahniah diucapkan kepada para graduan sekalian kerana kalian telah berjaya menempuh satu peringkat yang kdikatakan mencabar dalam memenuhi harapan kedua ibu bapa kalian. hargailah setiap penat lelah kalian dalam memburu segulung ijazah tersebut. Gunakanlah ilmu yang diperoleh sebaik mungkin dalam meningkatkan martabat agama Islam khususnya dan martabat bangsa dan tanah air umumnya.

Bersempena konvokesyen ke-41 ini, Jabatan Kerohanian dan Sosial dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUTM) melancarkan kempen Sayangi Diri dengan mengedarkan risalah-risalah kesedaran. Peluang di tapak pesta Konvokesyen seharusnya dimenafaatkan untuk dijadikan medan latihan ada adik-adik yang baru untuk turun kelapangan masyarakat awam. Untuk melihat risalah tersebut, risalah-konvo-01.

August 17, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Musim Raya bakal menjelma….

Salam inspirasi buat semua sahabat sekalian…

Ramadhan belum tiba tapi tiket balik raya dah terjuala dengan banyaknya. Apa pun, moga ramadhan yang bakal tiba nanti ini kita sambut lebih meriah berbanding raya kita yang akan datang. Pada sahabat yang telah membeli tiket pulang ke kampung pada 26-28hb September dan menaiki bas di Larkin atau Sri Putri, sila hubungi no telefon yang diberikan untuk mendapatkan perkhidmatan bas jika anda berminat. Berikan segala maklumat yang diinginkan oleh urusetia. Sekian..

P/S: Dan kita sama-sama panjatkan al-fatihah ke atas ruh norhanan yang kita semua ketahui terlibat dengan kemalangan pada 10hb Ogos yang lepas. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNYA.

August 13, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Pertandingan Menulis Esei Anjuran MPP&PSZ

Salam inspirasi…

Kepada sesiapa yang berminat untuk menulis bersempena ketibaan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba pada tahun ini. Rujuk link ini. pertandingan-menulis-esei1

Dan kepada sesiapa yang berminat untuk berpidato sila klik link di sini. Pertandingan Pidato Kemerdekaan

August 10, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Jejak al-Quds: Memperingati Tanah Suci Umat Islam

Salam inspirasi buat semua sahabat-sahabat di luar sana.

Sememangnya kita semua disibukkan dengan kehidupan seharian kita dengan pelbagai masalah-masalah yang perlu kita selesaikan demi mengejar cita-cita masing-masing. Cuma di sini sekadar mengambil sedikit perhatian kita bersempena roh Isra’ dan Mikraj yang baru sahaja berlalu pada hari rabu minggu lepas (30hb Julai 2008 ) di mana bersempena Hari Terbuka UTM, MPP dan kerjasama JKM Kolej Rahman Putra telah berjaya menganjurkan ceramah yang bertajuk Ayat-ayat Cinta. Disampaikan oleh pensyarah berpengalaman dari Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan merangkap Timb. Pengarah Masjid Sultan Ismail UTM iaitu yan berbahagia Ustaz Ismail b. Mustari.

Kehadiran sahabat-sahabat amatlah memberangsangkan pada sesi ceramah tersebut. Terima kasih atas kehadiran sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kita dapat mengimarahkan lagi program-program kerohanian pada masa-masa akan datang InsyaAllah.

Kelab Iqra’ telah mengambil inisiatif dalam mengingatkan kita kembali untuk merenung tentang nasib rakyat Palestin dan tanah suci umat Islam yang ke-2 iaitu Masjidil al-Aqsa dengan mengadakan program Jejak al-Quds pada 25-27hb Julai baru-baru ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah kutipan derma untuk aman Palestin dan ceramah . Tahniah diucapkan.

Bagi memperingati lagi peristiwa ini, hari al-Quds Sedunia pada 21 Ogos 2008 ini haruslah menjadi satu hari yang penting dalam diri kita selaku mahasiswa Islam. Kita seharusnya mengambil cakna sedikit sebanyak perkembangan semasa yang berlaku di sana. Semoga ia akan memberi seribu satu keinsafan kepada diri kita yang lemah ini. Hayatilah Kempen “FAST 2 FUND” yang dianjurkan bagi mengutip setiap daripada muslim RM100 untuk disumbangkan kepada umat Palestin. Maklumat lanjut sila hubungi Kelab Iqra’ UTM bagi kempen ini.8)

August 6, 2008 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Roadtour Bacaan Yaasin MPP (ROTBY’08) diteruskan…

Assalamualaikum W.B.T.

Salam inspirasi buat semua adik-adik dan sahabat-sahabat. Insya-Allah pada hari Khamis (24 Julai 2008 ) Jabatan Kerohanian dan Sosial MPPUTM (JKS MPPUTM) akan meneruskan Roadtour Bacaan Yaasin ke Kolej 11 di Surau at-Taqwa. Majlis akan bermula pad pukul 7.00 malam. Sama-sama kita turun untukmengimarahkan majlis ini di samping mengeratkan silaturrahim dengan pimpinan-pimpinan pelajar 2007/08.

July 22, 2008 Posted by | Uncategorized | 1 Comment